Thursday 18 September 2008

C.E.R.I.T.A.

(Picture ni hanya hiasan semata-mata..takde kaitan dengan apa yg sy tulis..hihi...)

Assalamualaikum..

Arini awal sy bngun yer...Lately ni nape ntah malas sgt nak buat blog ni..Klo yg perasan tu,mang kejap ade kejap takde..cam biskut chipsmore lakz..er...yeke chipsmore? Arini sy nak kongsi stu bnda dgn smua..Ade sorg kawan sy ni bagi 'kata-kata' yg agak menarik...Sy siap kta dekat dia lg, boley buat lirik ni..huhu..but believe me, it was so meaningful to me especially as a Muslim in this world..Jeng jeng jeng...This is the 'quotation' that I believe might open your eyes if you think it is meaningful to you as well...

Before that, sy just tanya dia, boley ke kita tgk wayang ni..Dia ni berilmu la jgak..walaupun slalu merendah dri..pastu dia pun tundakan doa soalan tu..then dia bg sy email sbb sy dah tido waktu tu..ahakz..tula lambat sgt replykan. Nak thu dia balas apa? Lebey kurg camnila...

Seorang mukmin yang benar-benar bertakwa dikehendaki menjaga kakinya dari menuju ke tempat-tempat maksiat dan lain-lain yang tidak diredai oleh Allah. Adalah haram baginya menggunakan kakinya untuk menuju ke tempat maksiat seperti panggung wayang dan lain-lain.
pada sy yg lemah ni pula (sy tak taula tapi byk kurang gak n lemah)..kaitan yg ust berikan ini..adalah tempat dan perbuatan manusia..tempat bukan kesalahan..tapi di sana wujud maksiat spt perhimpunan lelaki perempuan secara bebas..tayangan filem yang tak baik..dan sebagainya..jadi jikalau sy..sy amik pendekatan harus jika berdasarkan apa yang kita tgk tu di rasakan bukan salah..tapi majoriti kebanyakan wayang or filem tu kotor..jika wayang tu bersesuaian..dan bersama teman dan saudara..mungkin di bolehkan sbb kita bukan berbuat maksiat..asalkan wayang itu bersih..tapi mana ada kan..tambahan g panggung pun jadi tmpt maksiat..erm..wallahu a'lam..

After bagi ni, then dia sruh sy fikir..bab-bab fikir ni yg susah sket sbb dah penat fikir..huhu..skarang ni dalam otak smua nya bnda pasal dissy...mmg naik dizzy sy fikir pasal dissy ni..tapi takpela dah org sruh fikir then kta pun fkirla..pastu sy tanyala..kalau masuk cinema tu tak buat apa, setakat tgk crita je, salah ke? then dia jwb, tgk cerita tu mcm mna..skrg ni byk cerita yg dah tak ikut sempadan yang sepatutnya..Maknanya kalau dlm Islam tu, cerita tu kira salahla..then dia ckp, niat tak menghalalkan cara..Sy pun terdiam jgak buat sejenak..betul jugak ayat dia ni...

Tapi sy tahu bkn sng kan nak trima bla kta dah biasa dengan keadaan macam tu. Alhamdulilah ada sesetengan dripada kita yg masih memahami dan mengamalkan apa yg sepatutnya kita buat sebagai seorang Muslim. Harap-harap anda smua boley berfikir sejenak dengan apa yg dimaksudkan dgn penjelasan di atas.

Haish..dah lari topik ni..nak ckp bnda lain,tekeluar bnda lain..ok..bebalik kepada 'quotation' tadi tu...This is the quotation that I promised to show you...Have a look at it and open your mind, your heart and your soul to interpret it in your own ways..everyone has their rights to think about it...


" hidup ini umpama cerita... binalah ceritamu laksana seseorang yang penuh dengan kejayaan dan kebahagiaan... selagi ada waktu... perbaiki dan hiasilah ceritamu agar menjadi satu riwayat kehidupan yg terbaik, menjadi sebutan dan kenangan, tersisip padamu doa mereka sepanjang zaman "


What do you think? Life is like a story? Is it true..for me it is indeed...Kita lah penulis yg akan mencoret kisah kehidupan kita sndiri.. Setiap bait-bait perkataan melambangkan keperibadian kita, pengalaman hidup dan perjalanan seorang khalifah di muka bumi ini..setiap orang impikan kebahagiaan dan kejayaan..namun kadang-kadang kita tersungkur..kadang-kadang kita gagal..kadang-kadang kita terlalu leka dgn keindahan duniawi padahal kehidupan ukhrawi itu adalah kehidupan yg hakiki dan abadi..Apa yang sy coretkan di sini adalah sebagai peringatan buat dri sy dan smua..Bukan mudah untuk kita melakar kehidupan yang sempurna kerana fitrah diri manusia itu sendiri tidak sempurna..

Bukan mudah untuk kita mencapai kebahagiaan dan kejayaan dengan sekelip mata kerana smuanya memerlukan pengorbanan dan usaha yg berterusan..istiqamah dalam melaksanakan apa jua perkara...yang menentukan hanyala Allah yang satu..hanya Dia yg mampu memberi segala yang ada di muka bumi ini untuk kita..kdg kala kita terlupa dunia ini hanya sementara..pantasnya detik waktu ibarat tiada kesan di dalam diri...Sy mengharapkan kita smua mampu melakar dan mencoret kisah atau cerita tentang kehidupan pada tahap yang terbaik..InsyaAllah..Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...

Kawan sy jga turut mengingatkan sy, syurga ini milik kita..hanya Allah yg dapat memberi kepada sesiapa sahaja yg Dia kehendaki..Maka berusahala untuk merperolehinya..Biar pun kita terkandas, kita gagal sebelum ini, tp cubalah untuk megejar syurga yg mmg dijanjikan utk kita..InsyaAllah Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang...Yang baik itu dtg dr Allah dan yang buruk itu dr kelemahan sy sendiri..Yg baik ambil sebagai pegangan dan yg buruk itu jdikan sbg sempadan...wasalam..
azu201

No comments: