Saturday 18 October 2008

C.E.R.I.T.A.


Hidup ini ibarat cerita,
Ibarat pelayaran meniti masa,
Dilambung badai tatkala derita,
Dilambai angin peneman setia,
Semua atas kehendak Yang Esa.

Hidup ini ibarat cerita,
Penuh coretan dibalik sengsara,
Mengejar impian menggapai cahaya,
Menggenggam kenangan terpalit dijiwa,
Moga tersimpan tersisip selamanya.

Hidup ini ibarat cerita,
Bukan igauan bukan kebetulan,
Permulaan kisah penuh percaturan,
Hanya kekuatan sebagai dorongan,
Mengharungi onak penuh pengharapan.

Hidup ini ibarat cerita,
Tersembunyi hikmah sang Pencipta,
Tiada bandingan nilai dan harta,
Tersisip kenangan setiap manusia,
Mengharap sinar kan terus menjelma.

Hidup ini ibarat cerita,
Semuanya diatas satu ketentuan,
Menadah keampunan di hujung pengakhiran
Memohon kasih disebalik impian,
Moga termakbul terukir kenyataan.
azu201



2 comments:

Anonymous said...

semakin hari semakin keluar warna sebenar awak..makin lama semakin saya sedar bahawa saya berhadapan dengan seorang yang hebat dalam bersastera..dalam mengadun sebuah puisi..memerlukan imiginasi n perasaan yang mendalam dalam kehidupan atau sesuatu..satu bakat yang brnilai yang awak miliki..(^^)

Anonymous said...

thanks a lot for ur compliment..kdg2 dgn cra ni kta dpt melahirkan apa yg terbuku..pujian awk telalu tggi buat saya.msih byk bnda g perlu sy pelajari.msh byk pengalaman yg perlu sy lalui.apa2 pun terima ksh byk sbb sudi meluangkan msa utk bca blog ini.:)