Wednesday, 12 November 2008

SEKADAR.FANTASI.BUKAN.REALITI.


Berarak mendung dikala siang,
Hati sayu jauh terkenang,
Ku tak mahu memori terus berulang,
Harapan masih tinggi menjulang,
Walau diri pernah kecundang.

Ku tahu impian bukan persoalan,
Walau pahit harus ku telan,
Berlalu hari berganti bulan,
Bertahun bukan satu halangan,
Moga termakbul menjadi kenyataan.

Diri hanya mampu merancang,
Walau perit tak pernah hilang,
Diliputi bara diselaputi bahang,
Walau tujuan masih rambang,
Ku tahu hidup harus berjuang.

Melangkah dengan penuh kekuatan,
Darimu ku pinta buat sisipan,
Pimpini daku atasi kelemahan,
Moga tak rebah ditinggal zaman,
Untuk ku simpan jadi kenangan.

Andai hati tak mampu bersatu,
Tempatkan aku dalam dirimu,
Walau sakit menanggung rindu,
Moga ianya takkan berlaku,
Dengan adanya iringan restu.

Salam kasih madah bersemi,
Bukan niatku jadi begini,
Walau permulaan sakit terperi,
Ia bukanlah suatu mimpi,
Untuk kutepis pabila terjadi.

Moga usaha menjadi bekalan,
Terus melangkah jauh ke depan,
Dua hati menyimpan harapan,
Moga ianya bukan angan-angan,
Genggamlah ia ukirkan kenyataan.
azu201




No comments: